Motosikal Rider Food Panda Kena Curi…Alahai…

Advertisements
Loading...

Sebuah motosikal kepunyaan seorang penghantar makanan wanita FoodPanda dicuri dalam satu kejadian di Batu Caves.

Kejadian ini tular di media sosial semalam. Menurut cerita, motosikal itu dicuri ketika mangsa pergi menghantar makanan di kawasan berkenaan. Motosikal itu diletakkan di kawasan sebuah pasaraya di situ. Apabila mangsa kembali ke situ, motosikal telah pun tiada.

Yamaha LC 135


Motosikal yang hilang itu ialah motosikal jenis Yamaha model LC135, nombor plat BQF 2182. Orang kata motosikal model LC ni memang model “panas” dan memang menjadi sasaran pencuri motosikal. Betul ke?

Apa pun kita harap si pencuri akan dapat di tangkap segera. Kesian kakak ini kehilangan punca mata pencarian di waktu-waktu pandemik yang sukar sekarang ini. Menurut polis:

“Polis kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Add Comment

1 Share
Share via
Copy link
Powered by Social Snap