Akibat diberhentikan kerja, lelaki ini langgar bangunan kilang dan maut

Advertisements
Loading...

Pada zaman pandemik covid19 sekarang, memang ramai orang terkesan dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Ada yang kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji dan macam-macam lagi.

Mungkin akibat tertekan kerana diberhentikan kerja, seorang lelaki yang telah diberhentikan kerja di sebuah kilang di Perak, telah memandu masuk kawasan kilang dan terus merempuh ke bangunan kilang dengan kereta Honda Civic beliau.

Sebelum itu tular video didakwa milik lelaki tersebut yang mana dalam video itu disebut beliau tidak puas hati bonus dan kenaikan gaji beliau dipotong dengan alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan.

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F589347431750389%2Fvideos%2F372512730730155%2F&show_text=0&width=261″ width=”261″ height=”476″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allowFullScreen=”true”></iframe>

Apa yang terjadi selepas merempuh masuk bangunan kilang?

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata,

“Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

A Asmadi berkata, suspek kemudiannya menaiki kereta semula dan memandu laju merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan pengawal keselamatan kilang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta.

Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu.

 

Add Comment

1 Share
Share via
Copy link
Powered by Social Snap