Helikopter Terhempas Di Taman Melawati

Advertisements
Loading...

2 buah helikopter dilaporkan di ruang udara Taman Melawati tengahari tadi dan salah satunya dilaporkan terhempas berdekatan padang sebuah sekolah di kawasan berkenaan.

Punyalah besar ruang udara, macam mana agaknya 2 helikopter ini boleh bertembung agaknya pembaca sekelian?

Sehingga sekarang, pihak berkuasa seperti Bomba & Penyelamat dan juga pihak Polis masih lagi di kawasan nahas untuk menyiasat nahas ini.

Pesawat yang terhempas itu dilaporkan membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bergesel atau bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas. Difahamkan, dua daripada mangsa tidak sedarkan diri, manakala dua lagi termasuk wanita berkenaan terselamat. Tapi maklumat ini semua masih lagi belum sahih dan masih dalam siasatan lagi.

Tular di media sosial dengan gambar-gambar dan rakaman video amatur nahas ini.

Komen BeritaPOP: Nasib baik helikopter tu tak terhempas kat mana-mana rumah di kawasan itu, kalau tak mungkin kemalangan jiwa bertambah.

Gambar/video sumber dari Facebook Info Roadblock JPJ/Pols

Add Comment

11 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap