Budak Kecik Bawak Motor…Alahai…

Advertisements
Loading...

Baru-baru ini netizen ada berkongsi sebuah video seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang motosikal di Jitra, Kedah. Motosikal itu lagi besar daripada si budak yang menunggang motosikal itu.

Dalam video yang berdurasi 18 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki, yang mungkin masih bersekolah rendah berhenti di simpang sebuah jalan di sebuah kampung, sebelum di tegur oleh seorang pemandu kenderaan lain yang kebetulan lalu di tepi dia.

Eh, baru ditegur dia terus jalan, tak cukup dengan itu, budak itu buat pulak aksi menagangkat tayar depan konon macam nak “wheely”. Bukan main lagi ya kau dik. Nasib baik tak terangkat motor tu dan terbalik di jalan tu.

Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki berkenaan. Kanak-kanak lelaki itu berusia 12 tahun.

Beliau berkata, berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Paya Cegar di Jitra.

Kalau JPJ dah buat siasatan ni, tak mustahil lah kalau kanak-kanak itu akan disaman sebab takde lesen dan tak pakai helmet. Tak mustahil jugak, ibu bapa atau penjaga kanan-kanak itu juga dah turut mendapat kesusahan sebab kena bayar saman.

Di waktu seperti sekarang ini (PKPB) jagalah anak baik-baik, bukan sebab taknak kena saman/patuh SOP je tapi kalau dah kemalangan nanti siapa yang susah ye tak?

Gambar sumber Metro

Add Comment

31 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap