Budak Umur 19 Tahun Ini Jana RM50 Ribu Sebulan Jual Belacan

Advertisements
Loading...

RM 50,000 sebulan, ya itulah pendapatan seorang remaja berusia 19 tahun di Terengganu yang mengusahakan perniagaan pembuatan belacan. Kita yang sudah bekerja bertahun-tahun ini pun belum tentu dah cecah tahap pendapatan seperti ini, tapi inilah rezeki namanya.

Muhammad Aimy Shahril Mat Ali, 19 dari Seberang Takir, Terengganu ini mewarisi perniagaan belacan daripada arwah bapanya, Mat Ali Sulong, 63, dan ibunya, Maimun Mat Said, 50, ketika dia berusia 16 tahun pada 2017.

Pandu Proton Wira Je
Untuk kebanyakan orang, selalunya kalau dah capai tahap pendapatan sebegini kita akan lihat orang itu akan bertukar gaya hidup. Paling sering kita nampak ialah kereta mesti kereta yang hebat dan mahal. Tapi tidak bagi Muhammad Aimy, walaupun beliau sudah boleh dikatakan berjaya dan berpendaptan tinggi, dia masih lagi memandu Proton Wira terpakai sahaja. Beliau sentiasa berpegang kepada pesanan arwah ibu bapa membuatkannya tidak hanyut dengan kemewahan dan menjalani kehidupan secara sederhana.

Tak habis sekolah
Walaupun Muhammad Aimy tidak habis sekolah, ini bukanlah alasan untuk beliau tidak boleh berjaya. Beliau sebenarnya seorang anak tunggal dan anak yatim piatu.

“Saya bersekolah sampai tahun lima sahaja dan belajar agama di sekolah pondok selepas itu.

“Ketika musim cuti, saya akan membantu arwah bapa membuat belacan dan pada usia 14 tahun, bapa mula mengajar saya selok belok berniaga belacan.

“Ibu meninggal dunia pada 2010 akibat barah sebelum bapa pula meninggal pada 2017 akibat penyakit paru-paru berair,” katanya ditemui di kilang menghasilkan belacan miliknya di sini, hari ini.

Tambahnya, memandangkan dia anak tunggal, maka dia layak mewarisi perusahaan berkenaan.

“Pada peringkat awal, untuk menguruskan perniagaan ini memang mencabar kerana pada usia muda, saya perlu menguruskan semua termasuk berkerja dengan orang yang jauh lebih berusia.

“Saya ada 12 pekerja berusia 18 hingga 50 tahun namun saya bersyukur kerana semuanya memberi kerjasama yang baik.

“Saya tidak pernah menganggap diri sebagai ‘bos’ atau ketua kepada mereka tetapi mereka dilayan seperti keluarga sendiri,” katanya.

Menurut Aimy Shahril, dia bersyukur kerana berjaya mengekalkan perniagaan belacan itu sehingga jumlah pengeluaran belacan lebih tinggi berbanding lima tahun lalu.

“Sebelum ini, hanya 500 hingga 700 keping belacan dijual sehari namun kini, ia meningkat lebih 1,000 keping sehari.

“Pasaran juga lebih luas termasuk ke Kuala Lumpur, Langkawi dan Pahang,” katanya.

Inspirasi
Kisah sebegini haruslah menjadi inspirasi dan semangat kepada remaja-remaja yang lain. Walaupun kita tidak mempunyai sebarang perniagaan di diwarisi oleh ibu-bapa kita, apa yang penting di sini ialah, usia muda janganlah disia-siakan dengan perkara yang tidak berguna. Untuk menjadi seorang yang berjaya, banyak yang harus kita tempuh.

Komen BeritaPOP: Teringin juga rasa belacan adik ni, ada jual ke di Lembah Klang?

Add Comment

148 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap