Sanggup memandu lawan arus sebab nak elak roadblock, akhirnya kemalangan…

Advertisements
Loading...

Adakah memandu lawan arus ni dah jadi trend di Malaysia ni? Apa la nak jadi?
Macam tak sayang nyawa je yang memandu lawan arus ni. Kes yang selalu kita dengar kalau memandu lawan arus ni, pemandu tu mesti di bawah pengaruh dadah atau mabuk kan? Tapi kes kali ini lain sedikit…

Tular semalam sebuah Perodua Axia memandu lawan Arus di Sungkai, Perak. Kejadian ini telah berjaya di rakam oleh seorang pengguna jalan raya yang juga seorang pengguna Tik Tok. Video rakaman di bawah ini, cuba lihat:

Fuh…sekali tengok macam filem aksi. Tapi ini adalah kejadian sebenar.

Kejadian kali ini bukan disebabkan pemandu di bawah pengaruh dadah atau mabuk. Tapi menurut KPD Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati pemandu Axia itu dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor sempena Deepavali.

Maksudnya, pemandu tersebut bertindak melawan arus kerana cuba mengelak sekatan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang untuk sambut Deepavali. Polis percaya pemandu berkenaan memandu melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai.

Dalam kejadian kemalangan itu, pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu treler dan Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.

Komen BeritaPOP: Nasib baik takde kemalangan jiwa, berbaloi ke buat macam ni?

Add Comment

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap