Buaya 800kg di jumpai di longkang belakang sekolah

Advertisements
Loading...

Ada apa dalam longkang sekolah korang dulu? Katak? Berudu? Ikan?
Kalau semua tu takde mesti yang ada sampah kan? Hahaha….

Di Malaysia, kalau kita sebut pasal binatang Sang Bedal atau buaya, mesti kita akan terfikir pasal negeri Sarawak kan? Sarawak sangat sinonim dengan buaya kerana kisah-kisah buaya yang terkenal seperti Bujang Senang dan lain-lain.

Dalam kes yang terbaru ini, kalau longkang belakang sekolah selalunya kita akan nampak binatang seperti katak atau paling hebat pun ikan, tapi di Sarawak atau lebih khusus di Limbang ini ada buaya tembaga! Bukan buaya saiz biasa-biasa tau, tapi buaya tembaga panjangnya 15 kaki 10 inci dan seberat 800kg!

Buaya ini sebenarnya sesat dan dijumpai di belakang longkang Sekolah Kebangsaan (SK) St Edmund Limbang, Sarawak.

Kena angkat guna forklift!
Tahukah anda, oleh kerana berat buaya tembaga ini 800kg, pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengangkat dan memindahkan buaya itu menggunakan forklift. Buaya itu telah selamat dipindahkan ke Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sementara di Kubong.

Komen BeritaPOP: Syabas kepada pihak bomba dan penyelamat, bayangkanlah kalau ada yang tak perasan ada buaya dalam longkang tu, budak-budak sekolah kat situ mesti dalam bahaya.

Sumber: Sarawak Edition

Add Comment

62 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap