Keputusan Penuh ABPBH 33

Advertisements
Loading...

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi sebelum penganjuran acara ABPBH 33 ataupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33, namun acara itu dapat dilangsungkan dengan jayanya malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil tanpa kehadiran penonton ataupun kelab peminat dan mengikut prosedur SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Beberapa pendekatan baharu diperkenalkan dalam pengisian acara berpandukan syor MKN termasuk mengehadkan jumlah penyampai anugerah dan lebih penting, tiada elemen sentuhan seperti bersalaman dan memegang trofi antara pemenang dan pemberi anugerah di pentas.

Sesuai dengan penerapan norma baharu, trofi akan diletakkan di atas meja khas umpama rostrum di mana pemenang akan mengambil sendiri piala berkenaan apabila naik ke pentas, sebelum memberi ucapan.

Mahu mendapatkan kebenaran MKN bukannya mudah. Jadi, kami perlu betul-betul mengikut SOP ditetapkan.

Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, penganjur mesti akur dengan permintaan MKN dan Kementerian Kesihatan demi memastikan keselamatan semua pihak.

“Kami tidak menafikan sangat mencabar untuk merealisasikan program anugerah ini tanpa penonton seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perkara ini lebih dirasakan bagi artis yang membuat persembahan di mana selalunya mereka akan mendapat aura kemeriahan daripada penonton.

Acara yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Dato AC Mizal ini juga di hiburkan oleh persembahan ramai artis tempatan seperti Faizal Tahir, Azlan Typewriter, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Man Keedal, Tuju, Noki K-Clique, Aina Abdul.Yonniboii, Zynakal, Dolla, Zizi Kirana, Tomok, Lan Solo, Liza Aziz, Azlina Aziz, Elly Mazlein, Indah Ruhaila dan Shalma Eliana.

Berikut ialah keputusan penuh pemenenang-pemenang ABPBH 33.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) 2020

Kategori Utama

  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-E
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana
  3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia – Haqiem Rusli
  4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita
  5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Khai Bahar & Siti Nordiana
  6. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
  7. Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
  8. Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
  9. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
  10. Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
  11. Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
  12. Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
  13. Penyampai Radio Popular – DJ Lin

Kategori Online

  1. Lagu Paling Boom Popular – Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  2. Gandingan Serasi Drama Popular – Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)
  3. Gandingan Serasi Filem Popular – Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  4. Artis Kontroversi Popular – Aiman Tino
  5. FC #FANtastik Popular – Siti Nordiana FC

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter

Bintang Paling Popular ABPBH33 (2020)
Haqiem Rusli


Rakaman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (untuk anda yang tidak dapat menonton)

 

Komen BeritaPOP: Tahniah para artis yang menang, paling penting ialah pematuhan SOP kerana anda ditonton oleh rakyat satu negara.

Gambar Sumber Berita Harian

Add Comment

41 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap