Selepas tikam rakan sampai mati, serah diri di balai polis dengan baju berlumuran darah

Advertisements
Loading...

Gempar semalam apabila seorang lelaki datang menyerah diri kepada polis dalam keadaan berlumuran darah selain membawa pisau di Sitiawan. Dah kenapa pulak ni?

Rupanya lelaki tersebut telah menikam rakannya hingga mati dalam kejadian di bengkel kenderaan di Jalan Raja Omar, Kampung Selamat, dekat sini, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 51 tahun itu datang ke balai memaklumkan kejadian itu bersama adiknya pada 1.20 tengah hari.

Kerana Hutang
Mangsa merupakan seorang peniaga buah, telah datang ke bengkel suspek kerana mahu menuntut hutangnya sebelum berlaku pergaduhan antara mereka. Menurut KPD Manjung lagi sebagai berkata:

“Mangsa dikatakan memukul suspek dan kemudian mencari pisau dalam bengkel sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek juga mendakwa dia merampas senjata daripada mangsa dan menikam mangsa di leher dan perut,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Ketika kejadian adik lelaki suspek berusia 40-an turut berkerja di bengkel itu dan anak lelaki mangsa berusia 15 tahun turut berada di lokasi, ini kerana rumah suspek hanya bersebelahan dengan lokasi kejadian.

Walaupun telah pasti kejadian disebabkan hutang tapi pihak Polis tetap akan meneruskan siasatan lanjut.

Komen BeritaPOP: Jangan main-main dalam bab hutang ni, kita tak tau betapa terdesaknya yang memberi hutang, dan yang berhutang pun janganlah buat-buat lupa kerana hutang itu wajib di bayar.

Sumber Harian Metro

Add Comment

0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap