Haqiem Rusli menang anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 33), tapi biar betul undian dia 22 juta undi?

Advertisements
Loading...

Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau ABPBH, anugerah paling terbesar dalam anjuran ABPBH ialah Bintang Paling Popular.

Untuk ABPBH edisi tahun ini atau ABPBH ke 33, anugerah ini telah dinobatkan atau dimenangi oleh artis muda lelaki yang popular iaitu Haqiem Rusli. Dengan kemenangan ini, Haqiem memenangi sebuah kereta Nissan LEAF tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263.

Tapi yang kecoh di media sosial bukanlah keputusan Haqiem menang, tapi jumlah undian yang Haqiem Rusli dapat untuk anugerah ini.

Serius la 22.3 Juta Undi? Satu Malaysia Ke Undi Dia?
Haqiem Rusli telah memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu. Lebih 22 juta undi! Ya…22 juta! Biar betul????

Ya…semasa mendengar pengumuman ini pun mungkin ramai yang akan merasa “biar betul 22 juta undi?” tapi inilah kenyataan apabila secara rasmi Berita Harian pun telah mengeluarkan kenyataan mengenai kemenangan Haqiem Rusli.

Reaksi Netizen
Oleh kerana jumlah undian yang terlalu besar, kemenangan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan netizen.

Tak Mustahil, Kerja Keras Dari Kelab Peminat?
Tapi bila kita fikirkan, mungkin ini juga hasil kerja keras dari kelab peminat Haqiem Rusli sendiri iaitu Qiemilio? Ini kerana, berdasarkan di akaun rasmi Twitter Qiemilio, setiap pencalonan anugerah (apa-apa anugerah) yang melibatkan Haqiem Rusli, kelab peminatnya sangat peka dan bersedia untuk menyokong dan mengundi Haqiem. Inilah pentingnya kelab peminat untuk seorang artis.

Lagu Paling Boom
Selain Bintang Paling Popular, Haqiem Rusli juga turut menggondol kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian bagi edisi kali ini manakala pada ABPBH 32 tahun lalu, Haqiem turut memenangi kategori sama melalui lagu Selamat Tinggal Sayang.

“Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki untuk hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan mak abah yang sedang menonton sekarang ini. Saya harap mak abah bangga dengan saya. Terima kasih kepada Berita Harian, TV3, rakan-rakan dan Qiemillo yang mengundi saya.

Tahniah di ucapkan kepada Haqiem Rusli, sememangnya Haqiem Rusli seorang artis yang serba boleh. Ini kerana beliau bukan sahaja boleh menyanyi tapi juga seorang komposer dan penulis lirik.

Komen BeritaPOP: Berpendapat seorang artis seperti penyanyi kalau boleh compose lagu sendiri, akan boleh pergi jauh dan bertahan lama dalam industri, kerana tidak perlu menunggu orang lain buatkan karya untuk mereka.

Sumber Berita Harian

Add Comment

249 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap