RM256 juta kerugian akibat Macau scam, bagaimana cara untuk tidak ditipu?

Advertisements
Loading...

Tahukah anda menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 5,218 kes sindiket penipuan Macau Scam di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, yang membabitkan jumlah kerugian menjangkau sehingga RM256 juta!

cara elak macam scam

Bukan sikit-sikit, bukan takat ribu atau ratus ribu, tapi ratus juta! Boleh bayangkan punyalah banyak penipu Macam scam ni dapat. Tapi yang menghairankan lagi ialah, bagaimana begitu ramai orang boleh kena tipu dengan sindiket ini?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,676 kes berjaya ditumpaskan dan 1,420 kes pula sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara.

“Mangsa yang paling ramai adalah wanita iaitu lebih 3,000 kes dan kebanyakan daripada mereka berumur lebih 51 tahun. Pada kebiasaannya mangsa yang tertipu berada dalam keadaan tertekan dan takut akan ditangkap dan dilokap, selain risau hartanya akan dirampas.

Cara Bagaimana Untuk Tidak Ditipu Macam Scam Atau Sebarang Penipuan Online
Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips bagaimana untuk tidak ditipu oleh Macau scam atau apa-apa juga penipuan online atau melalui telefon. Diharap perkongsian ini berguna untuk pembaca BeritaPOP, kalau perlu kongsilah post ini.

  1. Jangan jawab nombor tidak dikenali. Ini ialah rule paling mudah untuk dibuat. Nampak je nombor yang tidak dikenali, jangan jawab. Kalau mahkamah, polis atau pihak bank ada urusan besar dengan kita, selalunya kita akan dapat surat juga, bukan panggilan sahaja. Kalau polis, mereka mungki akan datang ke rumah untuk beritahu hal tu kepada kita. Tapi ada juga kes yang kita perlu juga jawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali kan? Sebab bukan semua nombor kita simpan. Jika kita perlu jawab juga nombor yang tidak dikenali, cara kedua ialah…
  2. Yakin DAN jangan mudah percaya dan takut. Bila anda dah jawab panggilan tu, kemungkinan yang call anda itu ialah scammer. Dia akan cuba buat cerita atau dakwa anda terlibat dengan macam-macam hal dan masalah seperti anda ada saman di negeri lain la, ada kes mahkamah di negeri itu ini la, ada parcel dari luar negara sangkut la dan macam-macam lagi. Pada waktu ini, anda perlu yakin dan jangan cepat percaya, bila anda rasa cerita tu dah mula tak masuk akal, terus letak telefon!
  3. Telefon terus bank atau pihak berkaitan. Tapi ada juga panggilan yang dibuat tu sebenarnya seakan-akan real dan kena dengan kehidupan mangsa. Jika ini terjadi pada anda, anda kena buat cara ketiga ini. Contoh, jika yang call anda itu dari bank CIMB contoh, lepas tu anda terus letak panggilan. Tapi anda juga was-was kalau itu ialah betul. Jadi apa yang anda perlu buat ialah sila call bank anda melalui NOMBOR DI BELAKANG KAD ATM/KAD KREDIT anda. Setiap bank di belakang kat ATM ada nombor hotline, call nombor itu. Terus tanya, betul ke anda ada masalah seperti yang panggilan anda terima tadi tu cakap. Kalau dia call anda menyamar sebagai polis, pegawai mahkamah, anda telefon semula ke cawangan balai polis/mahkamah tu dan tanya balik.
  4. Dia mintak maklumat akaun bank je, putuskan panggilan. Ini satu lagi cara yang mudah. Scammer akan mula buat perlbagai cerita untuk buat anda leka. Bila anda dengar je dia mintak maklumat akaun bank anda, atau apa saja kaitan dengan perbankan macam nombor TAC ke, password online banking ke, sila terus putuskan panggilan! Logik ke pihak bank yang uruskan semua hal akaun bank kita nak tanya lagi maklumat akaun kita? Kan mereka ada semua dalam sistem, kalau sibuk nak tanya tu maknanya mereka penipu.
  5. Kongsi tips ini dengan ibu bapa atau golongan tua. Jika anda dah tau cara untuk elak scammer di sini, anda perlu ajar atau kongsi tips ini dengan ibu bapa atau keluarga yang tidak berapa celik teknologi atau tidak berapa ikut perkembangan semasa. Ini kerana golongan tua yang ada simpanan banyak, ada duit pencen banyak ini lagi lah para scammer suka. Jika anda kongsi tips ini, mungkin boleh menyelamatkan wang ibu bapa anda yang mereka sudah simpan hasil kerja keras mereka sepanjang hidup.

5 cara ini sebenarnya tidaklah komplikated dan susah, tapi ramai orang yang sebenarnya masih tidak tahu. Malaysia mempunyai berjuta penduduk, dan tak mustahil ramai yang masih tak tau mengenai macau scam ini.

Komen BeritaPOP: Kesian tengok mangsa penipuan terutama orang-orang tua di kampung, duit simpanan hilang begitu saja.

Gambar sumber Facebook SDGA

Cara elak ditipu macau scam

Add Comment

5 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap