Cara duduk yang betul ketika membuat kerja

Advertisements
Loading...

Tahukah anda sekiranya pekerjaan anda di pejabat memerlukan anda duduk sepanjang masa untuk tempoh yang lama sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan? Sebenarnya, duduk terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di jalankan, ramai pekerja yang sebenarnya bekerja dari rumah. Berjuta orang mungkin terlibat bekerja dari rumah dan tidak mustahil apabila bekerja dari rumah, kita akan duduk lebih lama dari hari biasa kerja di pejabat.

Menurut Pengasas Stretch Kinetics Atlanta Amerika Syarikat, Dr Erin Policelli, ia boleh memberi tekanan kepada bahagian belakang.

“Duduk yang berpanjangan menimbulkan keadaan kekejangan ‘myofascial’, ketidakseimbangan sendi, kelemahan otot dan ketidakstabilan pada bahagian belakang.

“Dalam satu tempoh terlalu lama, tubuh memberi reaksi rasa tegang, kaku secara keseluruhan disusuli dengan rasa sakit dan lama-kelamaan gangguan fungsi pada bahagian struktur berkenaan.

“Perlu faham fleksor pinggul melekat pada bahagian anterior tulang belakang, pelvis dan femur lumbar. Kesan duduk terlalu lama boleh mengetatkan fleksor pinggul.

“Lalu mengakibatkan ketegangan yang berterusan di punggung dan memberi kesan kepada pelvis, tulang rusuk dan diafragma serta melemahkan otot gluteus,” katanya.

postur duduk yang betul

Tip-tip untuk mereka yang bekerja dari rumah

  1. Tetapkan kaki atas lantai dengan keadaan terbuka sedikit dan pinggul melebar ketika duduk.
  2. Elak duduk menyilang kaki sebaliknya letak dalam kedudukan sejajar dan kalau rasa kebas gerakkan sekali-sekala.
  3. Jaga postur belakang dengan duduk selurus mungkin menerusi sokongan bantal atau belakang kerusi untuk penjajaran tulang yang baik.
  4. Kadangkala rehatkan leher dan bahu serta elakkan kedudukan siku terlalu rapat kepada rusuk iaitu sebaiknya pada kedudukan 90 darjah.
  5. Tukar kedudukan daripada duduk statik kepada keadaan lebih ergonomik seperti atas bola yoga atau meja posisi berdiri.
  6. Lakukan senaman ringkas atau amalkan waktu senggang lima hingga 15 minit dalam tempoh satu hingga dua jam untuk kurangkan ketegangan badan.

Komen BeritaPOP: Sekarang ni trend orang buat kerja duduk di kerusi gaming, lagi la orang tak beringat nak kurangkan duduk ye tak?

cara duduk yang betul

Add Comment

2 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap