RM6.4 juta, Mail Totey kalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah

Advertisements
Loading...

Jika anda seorang pengguna YouTube tegar dan aktif di platform media sosial itu, anda mesti kenal dengan Syahmi Sazli yang agak popular di Malaysia ni. Projek terbaru Syahmi iaitu filem Mail Totey The Movie yang ditayangkan di Astro First nampaknya semakin hari semakin membuahkan hasil yang tidak di sangka.

mail totey kutip RM6.4 juta

Terbaru, Mail Totey The Movie (MTTM) berjaya mengutip sebanyak RM6.4 juta selepas 24 hari ditayangkan! Secara peribadi, kami di BeritaPOP juga sangat terkejut dengan kejayaan Mail Totey The Movie (MTTM) kerana di waktu pandemik dan jugak PKPB ini, wayang semua tidak dibuka tapi tidak sangka jualan Mail Totey The Movie (MTTM) di platform Astro First sangat-sangat memberansangkan!

Ini bermakna, karyawan tempatan masih boleh berkarya dan menggunakan peluang yang sama demi memastikan industri filem tempatan tidak mati.

Kutipan RM6.4 juta ini sebenarnya telah mengatasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First sebelum ini. Wow!

Syahmi ketika dihubungi berkata, dia masih terkejut dengan pencapaian yang diraihnya ini.

“Alhamdulillah…saya terkejut kerana ini filem pertama saya. Hasil filem pertama pun dah mampu cipta sejarah.

“Diikutkan saya sasarkan dah masuk Astro First pun dikira kejayaan besar buat seorang Youtuber macam saya.

Syahmi tidak menafikan diuji dengan pelbagai dugaan sebelum dan semasa filem ini dihasilkan.

“Macam-macam orang datang dan cakap macam-macam mengenai usaha saya.

“Sampailah semasa ditayangkan dan nak habis tayangan pun orang masih bercakap.

“Mungkin perkara ini ada kebaikannya untuk filem saya. Baik atau buruk orang bercakap tetap juga dapat perhatian dan tetap buat orang kenal filem saya serta sedar kewujudannya,” katanya.

Menurutnya, kejayaan ini bukan terhasil daripada sokongan terhadapnya semata-mata, tetapi juga daripada teguran dan kritikan beberapa pihak.

“Jadi, saya bersyukur dan tak terasa hati. Macam-macam kecaman dilemparkan dan bagi saya biar kejayaan yang diraih menjawab segala persoalan yang dilemparkan,” katanya.

Komen BeritaPOP: Semangat macam ini yang bagus, kritikan diambil secara positif.

Sumber: Harian Metro

mail totey 6.4 juta

Add Comment

16 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap