Dirogol, diliwat dan dicederakan kerana hutang

Advertisements
Loading...

Seorang wanita dilaporkan dirogol, diliwat dan dicederakan oleh temannya sendiri hanya kerana hutang. Dia kini trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid berkata, kejadian berkenaan berlaku jam 4 pagi selepas mangsa dibawa ke rumah rakannya itu.

Kerana hutang sampai dirogol, diliwat, dicederakan?

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa.

“Selepas mangsa dibawa ke rumah dua temannya itu, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki yang juga kawan kepada dua suspek wanita berkenaan.

“Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan. Bagaimanapun, kesemua suspek masing-masing berjaya ditahan pada hari kejadian dan keesokannya selepas mangsa membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jadi ini bukanlah kerja seorang individu, tapi kerja berkumpulan. Pihak polis telahpun menahan semua suspek dan akan didakwa esok pagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

BeritaPOP: Jangan buat undang-undang sendiri, terimalah akibatnya nanti.

Add Comment

2 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap